Friday, 12 September 2014
Tuesday, 2 September 2014
Memang akan ada hari,
Kau rebah.
Menangis lagi.
Ulang soalan yang sama.
Kenapa.
Tapi jangan kau lupa hari yang seperti hari ini.
Hari yang kau di beri nikmat gembira.
Hari kau yakin akan hikmah, takdir, qada dan qadar.
Jika hari itu datang lagi, tepuk dada.
Kata tak mengapa.
Jika bahagia itu bukan untuk selamanya, sakit pun bukan untuk selamanya.
Kau kuat, kau mampu.
Sebab apa pun kau lalu, kau yakin ada yang baik menanti di depan.
Kau rebah.
Menangis lagi.
Ulang soalan yang sama.
Kenapa.
Tapi jangan kau lupa hari yang seperti hari ini.
Hari yang kau di beri nikmat gembira.
Hari kau yakin akan hikmah, takdir, qada dan qadar.
Jika hari itu datang lagi, tepuk dada.
Kata tak mengapa.
Jika bahagia itu bukan untuk selamanya, sakit pun bukan untuk selamanya.
Kau kuat, kau mampu.
Sebab apa pun kau lalu, kau yakin ada yang baik menanti di depan.
Thursday, 14 August 2014
Ingat bila kau soalkan
"Terburukah kita?"
Dan apa aku bilang ketika itu?
Manusia berubah.
Aku, kau, dia dan mereka.
Kita semua.
Siapa aku hari ini, bukan aku yang semalam.
Tak mungkin sama juga yang sekarang dan nanti.
Cerah warna bumi mengikut cerah warna langit yang berubah mengikut posisi edaran matahari dari timur ke barat.
Dunia berubah dan mengubah.
"Kau sudah berubah"
Bukan itu yang menjadi persoalan
Persoalannya..
Sanggup kau terima apa yang dihadapan kau ketika ini?
Dengan segala cela yang ada.
Mampu kau terima titik hitam serta parut dari luka hari semalam?
Dan bagaimana pula dengan nanti?
Setahun nanti.
Sedekad nanti.
Boleh diterimakah aku yang aku sendiri belum pasti yang bagaimana nanti.
Yang sudah pasti beza dengan aku hari ni
Engkau mampu?
Jangan terburu setuju.
Ah manusia.
Bila mahu dikata mampu.
Tapi bagaimana pula dengan nanti?
Setahun nanti.
Sedekad nanti.
Masih engkau mampu?
Jika ya kata kau hari ini,
Aku harap ya juga kata kau nanti
Thursday, 3 July 2014
Senyum.
Biar mereka lihat hidup kau hanya ada suka.
Seakan tidak pernah ada duka.
Saat kau ketawa,
Biar mereka lihat betapa kau nikmati hidup.
Esak tangis marah kecewa
Simpan. Simpan untuk kau seorang.
Ia bukan untuk siapa siapa.
Jadi simpan. Katup rapat.
Jangan dibiar bunyi walau sekuat jeritan sunyi.
Tuesday, 1 July 2014
Thursday, 26 June 2014
Sunday, 22 June 2014
Kadang orang nampak kau macam malaikat.
Tak boleh salah.
Sekali kau jahat,
Hilang segala baik pernah kau buat.
Baik kau, semua mengaku faham.
Jahat kau, siapa pun nak faham?
Tak perlu pun.
Kalau kau sendiri tak faham diri kau, kau tak harap orang lain faham.
Dan kau tak minta pun orang faham.
Cuma jangan acah kisah, satu tu yang kau harap.
Friday, 20 June 2014
You'll be spending your whole life trying to forget and keep on crying and feel frustrated because you fail to forget.
And you think that you'll never get to move on with your life.
But let me tell you something.
You can never forget.
You can never forget something that hurt you.
And it is way more impossible to forget something that once make you happy.
Something that once meant everything to you.
Moving on is not when you forget.
It is when you remembers, but you realize that it doesn't matter anymore.
Those first times.
Those streets.
Those moments.
Even the feeling that you felt.
It happened in the past, and it will stay there forever.
And life must go on.
Friday, 30 May 2014
Empat tahun.
Banyak yang berubah.
Bila? Bagaimana?
Semua jadi tanda tanya.
Yang pasti, jawapan secaral am nya,
Hidup mengubah.
Setiap gelak tawa dan tangis hiba semalam
Kesan ada pada hari ini.
Rupa ini dan rupa itu, juga itu.
Simpan seribu satu cerita.
Bila dan bagaimana yang tersendiri.
Dalam semua rancak melangkah
Antara satu itu masih
Seperti empat tahun dahulu.
Banyak yang berubah.
Bila? Bagaimana?
Semua jadi tanda tanya.
Yang pasti, jawapan secaral am nya,
Hidup mengubah.
Setiap gelak tawa dan tangis hiba semalam
Kesan ada pada hari ini.
Rupa ini dan rupa itu, juga itu.
Simpan seribu satu cerita.
Bila dan bagaimana yang tersendiri.
Dalam semua rancak melangkah
Antara satu itu masih
Seperti empat tahun dahulu.
Thursday, 29 May 2014
Kalau nak dengar bual orang,
Sampai bila pun kau belum cukup bagus.
Kau kenal diri.
Kenapa, bagaimana, siapa.
Kau lebih tahu.
Peduli kata dari mulut yang hanya ingin berbicara.
Isu panas, mana mungkin terlepas.
Biarpun sejuk, fungsi seperti microwave. Reheat
Kata dari mulut yang mengenal
Dari hati yang mengerti
Dari diri yang peduli
Itu yang harus dikira
Monday, 19 May 2014
Sunday, 18 May 2014
Ada cerita seorang gadis.
Hati telur lagak batu.
Itu kata si kawan.
Nak hidup.
Lagak telur takut dipijak.
Hancur lagi.
Lalu diconteng hitam cengkerang.
Terasa lebih kebal begitu.
Jangan cuba dipijak, kaki itu yang sakit mungkin.
Hakikat,
Dipijak lunyai.
Jadi jangan datang dekat.
Aku tak kuat melawan.
Hati telur lagak batu.
Itu kata si kawan.
Nak hidup.
Lagak telur takut dipijak.
Hancur lagi.
Lalu diconteng hitam cengkerang.
Terasa lebih kebal begitu.
Jangan cuba dipijak, kaki itu yang sakit mungkin.
Hakikat,
Dipijak lunyai.
Jadi jangan datang dekat.
Aku tak kuat melawan.
Saturday, 17 May 2014
Wednesday, 14 May 2014
Friday, 2 May 2014
Maaf kalau belum aku mampu maafkan kau.
Betul, siapalah aku.
Maaf sebanyak mana kau ingin Tuhan maafkan kau..
Tapi.. Aku bukan Tuhan.
Cuma.. bila kau memandang tinggi
Lalu satu peristiwa membuat kau terkedu.
Kecewa.
Yang kau hormat itu, bukan seperti zahirnya.
Yang kau sayang itu, hmm...
Mungkin bila aku terima dunia bukan indah sentiasa.
Manusia bukan selalu ikhlas.
Cantik itu bukan sebenarnya cantik.
Dan bahagia buat selamanya dan penghujung yang baik itu bukan untuk semua.
Mungkin bila aku lebih pandai meletak nilai rasa hormat dan sayang pada tempatnya,
Mungkin tidak akan lagi terasa kecewa jika semua rupanya sandiwara.
Mungkin pada ketika itu, maaf datang tanpa dipaksa.
Betul, siapalah aku.
Maaf sebanyak mana kau ingin Tuhan maafkan kau..
Tapi.. Aku bukan Tuhan.
Cuma.. bila kau memandang tinggi
Lalu satu peristiwa membuat kau terkedu.
Kecewa.
Yang kau hormat itu, bukan seperti zahirnya.
Yang kau sayang itu, hmm...
Mungkin bila aku terima dunia bukan indah sentiasa.
Manusia bukan selalu ikhlas.
Cantik itu bukan sebenarnya cantik.
Dan bahagia buat selamanya dan penghujung yang baik itu bukan untuk semua.
Mungkin bila aku lebih pandai meletak nilai rasa hormat dan sayang pada tempatnya,
Mungkin tidak akan lagi terasa kecewa jika semua rupanya sandiwara.
Mungkin pada ketika itu, maaf datang tanpa dipaksa.
Wednesday, 30 April 2014
Tuesday, 29 April 2014
Tuesday, 8 April 2014
It is far easier to leave.
Than to be left behind.
But after sometimes,
I learn to enjoy the back view.
Bila kita dibelakang,
Kita nampak benda yang kita tak nampak kalau kita kat depan.
Clearer and wider view.
Macam wide lens.
Sebab tu sit belakang dalam lecture hall tu tempat tetap.
Selain dari dapat main candy crush dan makan.
Than to be left behind.
But after sometimes,
I learn to enjoy the back view.
Bila kita dibelakang,
Kita nampak benda yang kita tak nampak kalau kita kat depan.
Clearer and wider view.
Macam wide lens.
Sebab tu sit belakang dalam lecture hall tu tempat tetap.
Selain dari dapat main candy crush dan makan.
Thursday, 3 April 2014
Jauh.
Pandangan itu aku pandang dari jauh.
Cantik.
Ciptaan Tuhan, tiada yang tidak.
Tapi ini, beza.
Yang indah bukan pada mata kasar.
Lebih.
Jiwa itu yang otak persepsikan sebagai indah.
Butakah?
Aku atau dia yang buta?
Atau keduanya?
Mungkin juga ketiganya.
Suara kecil mula berkata
Kata kalau dan jika.
Yang tak mungkin pernah jadi.
Lalu dia mampir.
Hampir,
Tapi tetap.. Jauh.
Pandangan itu aku pandang dari jauh.
Cantik.
Ciptaan Tuhan, tiada yang tidak.
Tapi ini, beza.
Yang indah bukan pada mata kasar.
Lebih.
Jiwa itu yang otak persepsikan sebagai indah.
Butakah?
Aku atau dia yang buta?
Atau keduanya?
Mungkin juga ketiganya.
Suara kecil mula berkata
Kata kalau dan jika.
Yang tak mungkin pernah jadi.
Lalu dia mampir.
Hampir,
Tapi tetap.. Jauh.
Wednesday, 26 March 2014
Monday, 17 March 2014
hello.
hihi.
Actually, I dont really have anything to write here.
biasanya, blogger di buka dalam dua situasi je.
Emo nak mampus.
Bosan nak mampus.
But now i am nor emotional or bored.
Jadi jari memang krik krik atas keyboard.
I guess, bila emo tu jari macam laju je duk ketuk ketak atas keyboard. hehe
Let me instead be thankful for the life i'm living now.
Masih bernafas. Tak bahagia selalu,
tapi makin lama rasa lebih hidup bila ada waktu sedih ditengah bahagia tu.
Makin lama, rasa lebih menghargai apa yang Allah bagi atas dunia.
Masa, kuderat, dan manusia disekeliling.
So instead of being sad and frustrated for things that i've lost, or didn't get to have, or can't let go of..
I'm learning to direct all the negative behavior/aura/attitude or whatever. (can't find the right word) and try to appreciate every little details of my life.
and even do things that make me happy, and be with the people that makes me happy
dalam keadaan sedar bahawasanya, they won't last forever.
Orang cakap,
hidup dalam masa lalu, jadikan kita orang yang sedih, dan kecewa.
hidup dalam masa depan, jadikan kita orang yang risau, dan resah.
jadi, i'm trying not to think much about the past, or things that gonna happen in the future.
try. belum mampu, tapi tengah cuba.
:)
Thursday, 13 March 2014
Tuesday, 11 March 2014
Subscribe to:
Comments (Atom)