Pages

Thursday, 14 August 2014

Ingat bila kau soalkan "Terburukah kita?" Dan apa aku bilang ketika itu? Manusia berubah. Aku, kau, dia dan mereka. Kita semua. Siapa aku hari ini, bukan aku yang semalam. Tak mungkin sama juga yang sekarang dan nanti. Cerah warna bumi mengikut cerah warna langit yang berubah mengikut posisi edaran matahari dari timur ke barat. Dunia berubah dan mengubah. "Kau sudah berubah" Bukan itu yang menjadi persoalan Persoalannya.. Sanggup kau terima apa yang dihadapan kau ketika ini? Dengan segala cela yang ada. Mampu kau terima titik hitam serta parut dari luka hari semalam? Dan bagaimana pula dengan nanti? Setahun nanti. Sedekad nanti. Boleh diterimakah aku yang aku sendiri belum pasti yang bagaimana nanti. Yang sudah pasti beza dengan aku hari ni Engkau mampu? Jangan terburu setuju. Ah manusia. Bila mahu dikata mampu. Tapi bagaimana pula dengan nanti? Setahun nanti. Sedekad nanti. Masih engkau mampu? Jika ya kata kau hari ini, Aku harap ya juga kata kau nanti